Jumaat, 19 September 2014

The Versatile Blog Award : Seven Random Fact about Me

Assalamualaikum dan selamat pagi semua :)


Rules;
-Thanks the person who gave you this award.
- Include a link to their blog.
-Select 15 blogs/bloggers you've recently discovered/followed regularly.
- Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award.
- Tell the person who nominated you with seven things about yourself.


Hohoho...setelah berapa lama aku tak mengodek2 blog, akhirnya aku bakal mengemaskan sawang blog. Semalam cik Edo mesej aku..siap bagi link blog. Aku dah agak, mesti dia suruh baca blog. Dan keluaq apa yang dia tulis, iaitu perkara yang berkaitan dengan diri dia. Trimas la syg sebab tag guwa..hahaha. So, aku..* letupkan jemari*..jawab soklan tu...dah lama aku tak buat qeja nie..hahaha


1. Aku suka warna pink-purple

Haa..percaya tak? Hahaha..aku memang suka warna pink-purple. Sebab tu la blog aku warna pink purple, Tapi aku tak pernah miliki barang warna yang aku suka tu. Banyak barang aku yang lain warna ikut suka hati. Henset warna hitam, casing hitam. Baju kurung pink purple pun sikit ja sebab aku suka hitam. Hitam nampak kemas dan boleh sembunyikan apa yang jadi aib kita..hehehe. Sekarang aku suka hitam campuran dengan warna lain. Latest aku suka warna hitam gabung dengan kuning. Transformers!!! hahahaha


Dark Samsung ;p



2. Sukakan Jepun

Aku memang gilakan Jepun...hahaha. Pencinta bunga sakura yang kembang setahun sekali di bulan April. Bunga tu sangat cantik......dan lembut. Macam aku..hahahaha. That's truth ok..aku memang lembut pun. Aku suka Jepun, suka kimono, suka design rumah Jepun dan suka musim bunga Jepun. Harap nanti aku dapat jejak kaki ke negara yang waktu dia sejam awal dari kita tu..amin!! ^_^


lovely sakura



kimono


3. Suka berjalan

Rasanya sebab aku ada tahi lalat di kaki, so, memang aku qajin berjalan. Sebelum studi, aku selalu mengajak si Edo keluaq. Tak kisah lah keluaq pusing2 pekan area tempat kami tinggal. Sekarang pun masih buat. Cuma berbeza transport. Dulu dengan keta. Sekarang kami buat travel keliling KeYel dengan bas dan LRT..hehehehe :)


gambar kandid :p


4. Book Lovers ^_^

Aku pencinta buku. Hang bagi la aku pilihan sama ada nak ajak makan ais kacang, naik itik keliling Taman Tasik Tepeng dengan jalan2 di Popular Bookstore @ Hasani Bookstore @ MPH. Tobat lahom aku pilih segala mak nenek yang berkaitan dengan buku. Tapi package sekali bodyguard la. Buat simpan nak angkut buku..hahaha.


terpengaruh dgn Edo..x pasai2 ada koleksi Hlovate.. =_="


5. Minat anime

Agak pelik dalam kalangan kawan2 aku bila disoal pasai hobi aku.Yes, aku suka tengok anime. Sampaikan lagu dlm hnset time org call pun aku letak OST cita anime. Dari dulu, tak ubah2. Abang aku cakap aku otak kartun tapi aku rasa aku still budak pmpuan kampung yang biasa. Membesar dengan anime dh macam sebati dengan aku. At least, aku ada jugak kenangan waktu kanak-kanak yang aku warisi sampai sekarang. Aku bangga dengan diri aku,der..hahahaha


my sweetheart SAO ;')


6. Seorang yang lembut

Orang cakap, anak no 3 nie kasar, rempang, dan sewaktu dengannya tapi aku terbalik pulak. Seriously, aku seorang yang lembut. Lembut hati, lembut jantung, lembut buah pinggang..eh! Hahahaha. Lembut2 aku pun sekali menggila, haru..hahahaha. Tapi aku dok pegang prinsip, 'lambat baran, cepat sejuk'. Kiter kan lembut..hohoho


7. Seorang yang weird @ mungkin unik??

Hobi baru bila masuk u. Kawan2 aku pelik aku selalu buat keja sendiri. Maybe tak baik tapi itu lah cara yang boleh sejukkan hati bila marah dan bermuhasabah diri :) Time orang tido, aku boleh bangun siapkan assgnmnt ataupun khatam cita anime. Begitulah sebaliknya.  Oh ya, walaupun aku minat Jepun, aku tak pilih bahasa Jepun sebagai pilihan bahasa ketiga di u. Aku pilih bahasa Arab :p

8. Seorang anti-kafein

Aku tak berani ambik kafein sebab benda tu akan mudaratkan aku. Tapi kalau aku nak buat keja gila, aku ambik la kafein cam nescafe.Kopi..ai..sampai kesudah aku tak sentuh. Orang cakap la kopi susu sedap tapi aku tak pernah sentuh. Pernah sekali aku try ambik kopi waktu join YouthAce lepas..konon2nya sachet Nescafe yang pihak hotel sediakan menggoda aku. Sekali, pakat mentido, prepare utk event esok, mata aku segaq sampai ke pagi. Ngok betoi..T_T Tapi aku tak serik dan aku buat lagi sekali masa sem lepas. Minum sikit, berjaga sampai subuh. Elok pakat makan, aku sedap qada tido dr pukul 11 pg smpai 4 ptg. Selang seli dengan bangun solat la...hehehehe

nak tag si comel2 nie...





Sabtu, 19 Julai 2014

Selamat Menyambut Puasa dan Salam Lebaran

Assalamualaikum semua..Salam Ramadhan semua..sekian lamanya aku tak update blog..well,aku kan kena hadap sem pendek..

Untungnya aku kena hadap sem pendek,in shaa Allah,aku cepat habiskan pengajian aku. Sem pendek nie aku ambik subjek Psikologi Kanak-Kanak dan Bacaan Awal Kanak-kanak.

Haa..lecturer BAKK nie sangattttt dan sangat hensem..hahaha.Tapi sori,dah kahwin..bulan 3 lepas.

Sori la tak boleh nak upload gambaq mcm besa sebab laptop aku masuk kedai. Sekian lama berjasa dan selalu bawak pi kedai atas sebab nak install AntiVirus ja,la nie dia masuk kedai sebab motherboard rosak. Lepas nie kalau rosak lagi, mau tak mau kita beli yang baru sebab laptop bukan barang kemahuan tapi keperluan. Susah nk buat assignment kalau tak ada laptop.

Nie pun aku update guna hnset. Cepat pulak aku menaip padahal kalau dengan laptop,mau berjam2..hahahaha
Sekarang nie dh masuk malam 10 terakhir Ramadhan.

Lagi 3 hari sebelum raya,baru aku balik sebab nak kena jawab exam dulu. Memang pengalaman manis la puasa di samping kwan2 dan aku jugak sempat la rasa macam mna berbuka dengan air ja sebab balik kelas dekat pukul 7 malam. Lagi ok kot sebab adik aku nun jauh di Kelana Jaya kena berpuasa dekat kelas.

Tapi adik aku tu best la. Ahad atau isnin nie dh boleh berpuasa di kampung. Aku? Kena studi la jawabnya..kan nak exam..

Baik exam sebelum raya dari exam lepas raya..baru rasa semangat nak raya tu sikit..hahahaha

Rasanya cukuplah aku membebel. Bauk aku nikmati studi week aku yang tak berapa nak studi nie..hahaha

Salam.

Ahad, 15 Jun 2014

Selamat Hari Bapa,Ayah..^_^

Selamat Hari Bapa buat semua insan yang bergelar bapa dan juga yang lelaki yang bakal bergelar bapa..in shaa Allah..^_^

Seriously,aku tak pernah ucap Hari Bapa pada ayah aku..tapi,aku rapat dengan ayah..mak cakap aku untung,dapat ayah yang boleh gurau,usik2..semua tu anugerah Allah kan? :')

Kalau aku nak apa-apa dan tak bebankan ayah,on the spot ayah akan tunaikan..:) Untungnya jadi aku, dari kecik aku nie ayah yang uruskan...contohnya, bangun pagi nak ke sekolah rendah..ayah yang kejutkan..ayah aku yang mandikan aku, siap mandi boleh nyanyi lagi :') Aku? Mandi dalam keadaan mamai...hahahaha

Aku orang kampung, so ayah aku keja kampung. Kiranya ayah aku boleh tolong mak siapkan aku time nak gi sekolah. Mak aku pagi-pagi lepas subuh, mesti masuk dapur. Nak siapkan sarapan..kejap lagi anak-anak nak makan sebelum gi sekolah ^_^

Pernah sekali, aku terfikir, 'kenapalah ayah aku tak kerja kerajaan? Boleh pakai kereta..tak payah bersusah kerja kebun..kan panas,' tapi lama-lama aku sedar, ada hikamh semua nie berlaku. Ada hikmah ayah keja kampung ja..ada hikmah aku bukan anak pada seorang yang bergaji bulan-bulan. Kalau ayah keja macam tu,mesti ayah takkan mandikan aku bila aku nak gi sekolah :')

Sebenarnya, aku rindu ayah..tapi aku tak pernah belikan apa-apa pada ayah..selalu beli untuk mak ja :'( Aku tak tau nak beli apa..hahahaha. Aku anak perempuan ayah yang bongsu, yang tak pernah pukul dengan ayah, yang manja dengan ayah walaupun aku tahu ayah sayang kakak aku lebih dari aku :') Tapi aku tak kisah, janji aku ada ayah..*sebak

Pernah sekali,ayah ada cakap,'kalau ayah tak ada nanti,macam mana nie? Suka berkepit,'..Allahu,nak menitik air mata aku..:'( Terus aku diam sambil sandar kepala dekat bahu ayah..Aku langsung tak bersedia nak hadapi semua tu..

 Maaf ya en.truper,saya sayang ayah lagi dari awak :') Saya kenal ayah lagi dari kenal awak :') Ayah segala2nya untuk saya..jadi, sebelum awak sayang saya, baik awak sayang ayah saya dulu..:')

Ayah, terima kasih ya sebab bersusah payah besarkan kakak..apa yang ayah buat,sampai kakak mati pun kakak takkan boleh balas semua tu :') Sampai gunung Jerai jadi emas, dan kakak beli,bagi pada ayah dengan mak, itu tetap tak cukup nak balas apa yang ayah dengan mak jaga kami adik beradik.

Ayah,terima kasih sebab pernah doakan kakak untuk jadi anak yang solehah..kakak janji,kakak akan bina istana di syurga untuk ayah,abang,adik dengan bakal suami dan juga untuk mak..:) Kakak doakan ayah dengan mak sihat selalu dan boleh beribadat dengan sempurna :)


Rabu, 7 Mei 2014

The Liebster Award by Abang Pha Is

Salam semua....finally...habis sudah 3 paper exam aku....ada lagi berbaki 2..satu paper hari khamis..last paper pg jumaat...lepas tu, kita terbang ke Ampang..terbang dgn tren KTM Sg. Buloh..hohohoho...

Hari selasa yg indah nie..malam yang tenang tanpa bulan sebab awal Rejab, dengan ditemani bunyi salakan anjing area rumah sewa aku, apa kata kita sama2 melayan soalan2 cepu mas.. Abang Pha Is yg tag aku..tu pun aku tengok dekat ruangan komen :)



Ikutkan hati, aku malas nak buka laptop..nak simpan teruih dalam beg balik kg..tapi, rezeki aku kot nak jawab soalan...dah lama tak buat benda macam nie..boleh hilangkan stress wei..huhuhuhu...dah la pg tadi aku tido 2 jam, bangun pukul 3 pg studi subjek untuk exam paper pg nie..studi smart la sangat...=_="

Jom, kita jawab soalan...mari3..hahahaha

1. komen berkenaan blog Hikayat Budak pening ni?

 blog yg simple, senang loading..hahahaha..kekalkan ya? :) admin blog yg tak putus2 balas komen dan    layan  kerenah para pengunjung...dan yg best, banyak isu2 yang terbangkit dalam blog nie...teruskan lah ya? :)


2. hobi korang waktu lapang?
    baca novel..tengok cita Korea, kartun Jepun...hahahaha

3. ciri2 pasangan ideal?

   
boleh faham perangai masing2..tak kisah dengan apa yg ada sebab masing2 perlu jadi diri sendiri..kena hormat diri..WAJIB pakai cermin mata (bg yang rabun), mata sepet...WAJIB pakai perfume Dashing Speed...kalau x, tak mau duduk dekat...:)

4. tetiba korang dapat duit sebanyak RM5juta. apa yg korang akan buat dengan duit tu?


bayaq PTPTN sendiri, PTPTN abang long, PTPTN adik...hahahaha...beli keta Alza sebijik..cari tanah, design rumah sebijik macam rumah tradisional Jepun....hahahahaha..kahwin? muda lagi nak pikiaq..hahahaha

5. siapa yang selalu jadi ikutan/rujukan korang dalam dunia blog?


tak ada siapa..cuma ambik pengalaman dari bacaan pelbagai blog..kita suka baca blog orang...hohohoho..termasuk la blog abang Pha Is

6. warna kegemaran dan kenapa?


pink-purple...sebab warna lembut dan warna utama bunga sakura..tapi kebanyakan barang warna biru dan kelabu...biru laut ada, biru terang ada..yang terbaru, beli baju t warna biru berbelang kelabu...warna pink-purple jarang pulak ada..:)

7. describe diri anda?

 sukakan buku..berumur 21 tahun dan seorang pelajar ijazah pendidikan di sebuah IPTS..suka berbaju kurung dan tengah berusaha menjadi seorang yg baik sebab dulu tak baik..:') Ada lesen memandu motor dan keta..suka berjalan2 tapi bukan dekat mall...suka dengaq lagu..anak pempuan bongsu mak ayah :)

8. berapakah berat badan korang sekarang? (tak de paksaan untuk jawab, just nk tahu korang berani jawab dengan jujur or tak dgn soalan ni)

berat yg terbaru,(2 minggu lepas punya result)  54 kg :') alhamdulillah,BMI normal..24.6..dulu ringan sangat...pastu normal..sekarang rasanya turun lagi kot sebab ada dua hari tak makan nasi...makan pun time dah masuk makan malam..yg lain minum air dengan kismis yasin mak bg..:)

9. bnda yg paling tak suka bila blogwalking?


blog berat..lambat loading...internet slow ja kot..hohoho


10. perkara yg paling nakal yg korang pernah buat?

 apa ya..emmm...ngorat orang kot..hahahaha. Dah dapat nombor telefon, peram dalam sebulan dua, terus mengorat...hahahaha.. tapi mulanya kena reject..huhuhu..tapi, lama2 dia pun suka balik...hahahaha

11. perkara yg boleh membuatkan korang menangis?

buat orang yg kita sayang nangis..huhuhuhu

okey..dah siap jawab...sori la abg pha is...tak boleh nak tag orang...otak dah biul..hahahaha..terima kasih sbb tag..:)

Sabtu, 26 April 2014

Baju Kurung dan Aku

Assalamualaikum semua budak2...:) Dengan besar hatinya, dan serta rajinnya,aku, cik imantizz buah hati incik truper akan menghadapi FE untuk sem 2 bermula 3 Mei ini..maka, dengan bangganya aku mengumumkan aku kini dalam studi week dan gap seminggu sebelum peperiksaan  menjelang..:)

baru tadi,sebelum aku solat Asar, kawan serumah aku a.k.a kawan sekelas bangkitkan isu aku berbaju kurung. Okey, aku tak nafikan aku suka berbaju kurung tiap kali keluar dan gunakan pengangkutan awam macam tren KTM.


tren Sungai Gadut..:)


Banyak kali jugak aku pakai baju kurung time naik tren, naik LRT dan naik bas. Bas dekat tempat aku belajaq nie bukan stok bas tempat aku, nun Pendang sana. Sini yang selalu jadi penumpang bas banyak orang luaq..orang Bangla,orang Vietnam..so,nak jumpa mamat Melayu hensem naik bas memang tipis harapan la..hahaha..

RapidKL pun payah nak jumpa mamat hensem..kalau jumpa macam Edo jumpa,iaitu 'seorang mamat hensem yang sedang baca al-Qur'an dalam bas RapidKL' ,memang sejuk hati aku. Bukan takat sejuk hati mak dia, aku yang dah jadi mama Iffah nie pun teringin nak menantu macam tu tau? hahahaha

Okey,berbalik pada isu baju kurung. Aku mula selesa pakai baju kurung nie bila aku kerja pakai baju kurung. Kan aku keja degan m.lang,tolong dia dekat kedai makan sebelum aku masuk u..jadi,sambil aku keja tu, aku nak ubah metaliti orang yang keja dekat kedai makan nie yang selalunya kita nampak pakai t-shirt saiz adik, pakai jeans dan bersanggul tinggi. Tu tak masuk dengan mekap ala-ala pi dinner fakulti....aku rimas dan jadi tak berapa berkenan..

Maknanya,masa aku keja dengan m.lang,pakai rasmi aku adalah baju kurung dan cuba elakkan untuk pakai pakaian yang tak menepati syarak..manis tau pakai baju kurung :) M.lang aku sendiri pun pakai baju kurung dengan jubah time buka kedai..:')

Aku bukan baik tapi aku cuba jadi baik..dan sekarang,oleh sebab aku belajaq kos yang bakal melayakkan aku menjadi pendidik khalifah-khalifah kecil ahli Jannah,aku cuba nak ubah cara aku berpakaian,cara bergaul dan cara aku berbudi bahasa...better aku berbaju kurung dan berjubah..macam ahli2 keluarga perempuan aku amalkan sekarang :)

Aku harap,semua ahli keluarga aku akan berubah jadi yang lebih baik..macam tu jugak aku harapkan pada semua kawan2 aku,isteri2 kenalan aku yang lain..berusaha menjadi wanita penghuni Jannah..:)


aku jatuh cinta dengan baju kurung :)

" sopan itu cantik"

Jumaat, 18 April 2014

Pengakhiran Sem Panjang

Salam Jumaat semua.Harap semua sihat..hehehe..dan masih sempat lagi semua nak baca al-Kahfi...:)


al-kahfi ya kawan2 ?  ^_^


start hari nie, aku bertapa dekat rumah abang dekat Perak..stay dalam 2 3 hari ja. Penat aku asyik menghadap Selangor negeri ter'centa'..hahahaha..bukan bermakna aku jemu, tapi sekali sekala bertukaq angin tak salah kan? :) Bermula hari nie, keja aku sekarang adalah menghadap buku..mood 'study week' dah bermula kot...

Fuh..aku nak habiskan 2 sem kot..cepatnya masa berlalu..:')


jadual FE untuk sem nie..*abaikan tulisan cikgu' to-be' yg macam cakar ayam


Sengaja aku lekat dekat dinding, dengan sticky note..supaya senang hilangkan rasa malas aku nak study..=_="...

Sebenarnya, aku bukan stok nak studi 24/7 dengan buku..kadang2 mata aku macam scanner..tengok ja boleh serap,kadang2 satu pun tak boleh pakai...hahahaha

Yang paling banyak aku buat kalau nak skor dalam exam, aku fokus time kuliah..hehehehe...sekali dengaq ja,hahahaha..


result sem 1..alhamdulillah..:)

ok,perancangan kantoikan muka sendiri..hahahaha..rezeki aku untuk sem lepas...alhamdulillah, geng aku ada 5 orang..semua pointer 3 dan ke atas..4 orang dapat dekan tapi aku tak dapat lagi sijil dekan..kawan2 aku dah dapat..=_="..Lagi sorang dah kembali ke tempat asal..dia dapat offer keja sebagai guru sandaran..so,tinggal lah kami berempat bersama2 untuk teruskan perjuangan sampai konvo lagi 3 tahun..:)

Untuk sem nie, aku harap ok jugak..tak mau bayaq duit PTPTN banyak2 bila dah habis nanti..bayaq setengah pun ok tapi rasanya tak payah bayaq langsung lagi bagus untuk aku..hahahaha..boleh simpan duit beli rumah, beli Alza sebijik..hahahaha

Sekarang, aku cuma kena siapkan lagi satu assignment...penulisan esei hasil nota yang aku translate dari bahasa Indon ke bahasa Melayu baku..kena submit hari khamis minggu depan..:) aku pernah update entri tu..hehehehe..


bekalan aku masuk kelas :)

sengaja aku selitkan gambaq nie..hahahaha...aku start exam awal bulan 5 walaupun tarikh sebenar exam 28 haribulan nie..so,aku ada masa seminggu lebih sebelum exam. Keja aku, stay dekat umah sewa, studi apa yang mampu dan bersiap siaga untuk pindah masuk rumah baru...hahahaha. Sem baru,rumah sewa pun baru lah..hehehe.

Letih woo nak angkut barang2..tapi takkan aku nak stay lagi dekat rumah sewa yang jauh dari kampus. Mulanya aku dah rancang nak stay dekat rumah sewa belakang kampus dari awal sem nie lagi  tapi ada masalah. Sem depan ja lah aku stay dekat situ. Lagipun 7 minggu ja.

Sem pendek nanti aku akan merasai pengalaman berpuasa di negeri orang..Aku kan anak rantau..^_^


2 orang kawan aku..:) next entri la ya?


insya-Allah, habis jawab exam yang last sekali, aku kena cepat2 pi Ampang..sebab aku dengan Edo join YouthACE 2014 anjuran Langit Illahi..program tu start 10 Mei..Edo ajak sebab dia memang nak join semua tu..aku pun,ikut ja la sebab selama nie aku dok pi mesyuarat,seminar ja..kita cari pengalaman pi YouthACE pulak..:)

time tu bermula la kisah aku pi Ampang dengan tren, LRT dan teksi..hehehehe...insya-Allah,11 mei aku balik Pendang dengan bas..lama tak balik naik bas Cosmic..hehehehe..

Ok, nak rehat sebelum mula berjuang siapkan assignment..hohohoho..jumpa lagi..:)

Isnin, 31 Mac 2014

Belajar Benda Baru..hehehehe

Salam..tudia..berabuk punya blog..malas den nak update..hehehehe...haa,tapi ada juga benda yg nak dikongsi...

Dua tiga minggu lepas,lecturer suruh la aku dgn kawan2 lain buat 'print screen' assignment mingguan. Mulanya jenuh jugak nak pikiaq sebab Mdm Aisyah,lecturer untuk Technical English II nak dalam masa 12 jam..12 jam wei..mana nak cekau semua tu..huhuhuhu..

Time dalam kelas lagi,aku dah mesej Cik Edo cepat2,tanya macam mana nak buat 'screen capture' tu..mujur la Cik Edo tolong aku..alhamdulillah,dia seorang rakan yang cepat bagi bantuan..love u till syurga,sayang :')...

Dia punya nasihat,'download photoscape'...alhamdullilah,semua dah ada..balik nak online,buat bagi siap ja..dan sebelum jejak rumah,aku dgn kawan2 sekelas a.k.a kawan serumah buat MoU dulu dgn abang kedai print assignmnt kami dekat pekan Bestari Jaya..abang tu baik kot walaupun dia non-Muslim..moga Allah bg hidayah dekat dia nak peluk Islam sebab akhlak dia baik..:)

Kami semua pesan dekat dia,'jgn tutup kedai selagi km semua tak pi print dekat kedai dia'..dia tutup kedai pukul 10 malam...lepas tu dia balas,' dia tutup pukul 11 malam nie'..ok,km semua rushing gila nak balik buat..dan,alhamdulillah,semua berjalan dgn lancar...hehehehe

Dan,semalam,aku terpaksa buat translate nota Indon ke bahasa melayu baku untuk subjek Sosiologi Pendidikan.Asal aku adu dekat en.truper ja,boleh dia kata," tak habis2 dengan muntah hijau dia.."..siap la dia,keta dia memang aku calarkan nanti..hahahaha..gurau ja en.truper..


kerja aku yg tak sudah2...muntah hijau sat..=_="


Kalau aku penat,aku boleh ja online..godek2 blog sapa2..hehehe..awatnya keja tak siap..hehehe..tapi penat kot hadap laptop..kalau aku penat,pakai spek sat..kalau penat lagi,pi sembahyang,rehat2...kalau rasa nak kamikaze sambil tahan muntah, aku teruskan keja dengan dengar lagu 'Bebaskan Palestin'...semangat sikit...hehehe..aku lemah la bab2 indon nie..tak faham..tapi pikiaq balik,'nie baru indon..bukan aku kena translate bahasa Jerman...yg tu nak kena transit pi Inggeris sat baru nak sampai tanah Melayu...jenuh2..' hahaha..gelak sorang2..

Dan,finally 'screen capture' aku..taraa....


mohon Edo jangan jeles..saja syok2..hehehe..tapi seriously,Cik Edo banyak tolong aku...pernah sekali dia jadi google translate aku untuk buat keja...kalau orang lain,mau berkoyan aku kena maki...

Edo,aku sayang hg ketat2...muah3!!!! hahahaha

Khamis, 23 Januari 2014

Kenangan Hujung Semester 1

Salam.Hai semua! hehehehe..

Sebenarnya dah lama aku nak 'update' gambar nie tapi biasa lah,bila dah tak pakai bb nie,banyak la kekangannya..huhuhuhu...kenangan sem 1 weh..hehehehe

Apapun,kita tengok gambarnya...hehehehe..

1. BBW dekat The MINES,Serdang


buku berjuta-juta..hehehe

Aku langsung tak terjangka dan terfikir nak pi BBW nie..sekali dapat pi,memang rezeki tercampak dari langit UNISEL gamaknya..hahahaha..jejak kaki ja,aku sangat teruja tengok betapa banyaknya buku.Tapi,buku lelong ja.Kalau ada novel Hlovate bagai,mau jugak aku merembat banyak2...hehehehe


hasil rembatan sendiri + kawan punya separuh


2. Hasil assigment individu sem 1..^_^



Untuk sem 1,banyak assignment berkumpulan.Yang nie la satu-satunya assignment individu a.k.a kajian ilmiah.Mungkin budak baru lagi kot,hehehe.So,aku harus la bangga dengan apa yang aku dah buat..hahahaha.Penat kot mencari bahan,kongsi sumber dengan kawan2 satu tajuk dan yang paling mencabar waktu sentuhan terakhir iaitu,edit balik format.Mau lenguh pinggang...hahahaha...

alhamdulillah,berbaloi la keja aku nie bila dapat A- untuk kursus tu..hehehe

Untuk sem 2,iman memang kena kuat sebab banyak assignment individu..siap dengan jurnal,amali lisan dan aktiviti kanak-kanak..penulisan ilmiah nak kena buat dah..huhuhuhu..

3. Cucu mak..hehehe

Sebelum nie aku ada ja update pasai cucu mak a.k.a  anak abang sulung aku...dah makin besar si kecik tu..T_T...

time aku cuti sem lepas,aku ada jaga si kecik tu time kakak ipar aku kena pi mesyuarat..senang ja nak menjaga si kecik comel Iffah tu..hehehe


1 bulan


2 bulan


3 bulan

Nur Iffah Farwizah ..* hai iffah,ini ma awak! hehehe 

asal aku balik dari u,si kecik nie makin membesar..lama2 aku balik,mesti dah pandai bercakap,pandai merengek dekat aku..T_T..tapi aku tak kisah,anak buah pertama kan? hehehehe...rindu la pulak dekat dia..huhuhu...

mak aku cakap,dulu aku macam dia..kecik..bangga siot..hehehehe..

dah kot update segala bagai nie...nak siapkan keja dulu..penat..huhuhu

ok,babai...hehehehe

p/s : agak2 aku boleh siapkan segala keja sebelum cuti raya cina tak????
       ok,aku boleh kot..hehehehe...

Rabu, 22 Januari 2014

Rabu Yang Bisu : Indah Tanpa Kata 12


Kelas Sem 1...

Sem 2,coming soon...^_^
 cuba cari di manakah aku...hahahahaha

babai....^_^v

Isnin, 20 Januari 2014

Hello 2014! Hai Sem 2!


Assalamualaikum semua! Selamat tahun baru!!!!!! ^_^...moga tahun baru akan bagi kita semua harapan serta kejayaan dan moga tercapai impian Cik Edo yang nak kahwin tahun nie...calonnya siapa eh? hehehehe.
Tahun 2014 nie aku bakal mencapai umur 22 tahun..bulan Julai nanti la..not now..hehehehe..sekejapnya aku membesar. Rasa macam semalam ja aku baru masuk tingkatan 3..cepatnya masa berlalu..T_T.

Tahun 2014,aku bergelar seorang mahasiswa UNISEL..alhamdulillah,panjang lagi umur aku dan aku harap kalau aku nak mati pun,biar la mak ayah aku berasa senang sikit..tak pun kalau aku nak mati,bagi la aku dah kahwin,kehidupan aku sempurna..hehehehe

Semester 1 dah berlalu dengan aman,serentak dengan FE. Alhamdulillah,sekarang aku nak siapkan diri untuk semester 2 yang bagi aku agak...ntah apa-apa.Kursus 'tough' gila kot..Tadi pun dah masuk kelas untuk kursus 'Perkembangan Kanak-kanak'. Kursus baru,lecturer baru,kelas baru dan waktu yang baru. Baru masuk,terus dapat assignment dan kena buat nota...



buku-buku hasil rembatan di perpustakaan

Aku harap hati aku tabah dan Allah kuatkan iman aku nak hadap semua...baru sikit ja nie..huhuhuhu.Ok,nak blah dulu..siapkan nota..

Salam..

Nak Hadiah ?