Rabu, 13 Mac 2013

Menghargai Mereka

( entri ini mengandungi kata ganti nama diri 'aku' )


bermula di sini...

Seminggu dua nie,aku mula jadi seseorang yang banyak berfikir.Apa yang aku fikirkan bukan lah benda-benda mengarut macam fikir nak beli gajet terbaru,keluar jalan-jalan,ataupun apa-apa sahaja yang budak perempuan seusia aku fikirkan.Tapi,aku fikirkan sesuatu yag melibatkan hubungan aku dengan keluarga aku.Ya,hubungan aku dengan keluarga besar aku.

Jika difikirkan balik, aku bukanlah seseorang yang pentingkan keluarga.Tak pentingkan keluarga tu bukannya bermakna aku nie anak 'kurang kasih sayang',mak ayah tak hiraukan aku,aku tak dapat ajaran agama ataupun aku bebas keluar dengan orang yang tak sepatutnya mahupun keluar tak kira waktu.Alhamdulillah,selama aku  hidup 20 tahun 9 bulan 1 hari di muka bumi nie sebagai anak perempuan bongsu mak ayah,aku dapat didikan yang sepatutnya.Sekolah habis,'exam' besar macam UPSR,PMR,SPM dan STPM aku dapat tempuh,insya-Allah aku bakal sambung ke u,mak ayah hantar aku ke kem Islamik untuk perbetulkan diri aku dan didik aku jadi Muslimah,dan juga aku dikelilingi dengan suasana keluarga bahagia.Mak ayah izinkan aku keluar dengan kawan-kawan satu sekolah dan aku belajar berdikari.Dan aku nie bukannya budak perempuan yang terkurung dalam rumah setiap masa sebab ayah nak aku belajar segalanya.Tapi,aku wajib jaga maruah keluarga aku walau aku duduk mana pun.Aurat kena jaga,solat jangan tinggal dan bila nak buat sesuatu aku wajib fikir dalam-dalam.

Berbalik pada tak pentingkan keluarga tu,aku mula sedar yang dulunya aku tak kisah langsung dengan keluarga aku.Contohnya,bila aku pergi mana-mana,bila balik aku mesti tak bawa sesuatu untuk orang yang menunggu aku dekat rumah.Teruk sungguh betul bila aku fikirkan balik.Tapi,aku rasa,tindakan yang aku buat tu mungkin sebab sikap aku agak ke'budak-budak'an.Dan,perlahan-lahan aku berubah sikap.Bila pergi mana-mana,aku akan pastikan yang aku akan bawa balik sesuatu untuk orang dekat rumah aku walaupun depa tak minta.Walaupun benda tu kecik dan tak bawa makna apa-apapun,aku tetap bawak balik juga.


kakak dan abg ipar


keluarga


adik dan sepupu-sepupu


kakak dan kak ipar


keluarga besar..kenangan raya 2010


Masa terus berlalu dan aku perlahan-lahan boleh berdikari.Alhamdulillah,mak ayah izinkan aku bergerak dengan kenderaan sendiri untuk ke tempat yang lebih jauh dari apa yang aku sering pergi.Dan,dalam pengalaman itu juga aku belajar sesuatu.Belajar,belajar,belajar dan belajar menghargai keluarga aku dari orang lain.Selama ini aku berdikari,aku lebih faham yang keluarga kita lebih bermakna daripada orang lain.Walaupun aku bukan lah seorang yang ingin bergantung 200% pada keluarga tapi bila aku dekat dengan keluarga aku sekarang,aku nak jadi seorang yang lebih menghargai mereka dari orang lain.Kalau aku jauh,baru lah aku akan menghargai orang yang dekat dengan aku.

Keluarga aku bukanlah keluarga besar aku semata-mata.Tapi,keluarga dalam konteks hidup aku adalah orang yang sentiasa bersama dengan aku susah atau senang,orang yang pernah lihat aku menangis dan pinjamkan bahu dia untuk aku bersandar,mencari ketenangan dan juga orang yang inginkan aku merasai keperitan atau kemanisan hidupnya.Itulah keluarga aku yang sebenar-benarnya.

Dalam tu juga,seseorang yang amat aku sayangi dalam dunia nie pernah pesan pada aku,' boleh buat baik pada orang lain tapi,jangan terlalu berlebihan'.Mulanya aku jadi tak faham,dan hati aku memberontak sendirian tapi bila aku fikir dalam-dalam,baru aku faham.'beliau' yang ungkapkan kata-kata,inginkan aku faham,kalau aku susah,belum tentu 'orang-orang' yang agak aku pentingkan tu akan tolong aku.Dan 'beliau' nak aku dahulukan orang yang sentiasa bersama dengan aku.Maknanya,aku patut dahulukan keluarga aku dari orang lain.Dan akhirnya aku faham.Terima kasih sebab 'beliau' berjaya sedarkan aku.

Apa yang aku harapkan,aku dapat berubah jadi seorang yang matang,seiring dengan usia aku yang pastinya menuntut aku bertindak seimbang dengan keadaan sekeliling.Moga aku lebih menghargai orang yang berada di samping aku tak kira keluarga aku,orang-orang yang rapat dan juga teman yang sentiasa bersama dengan aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nak Hadiah ?