Selasa, 29 Januari 2013

Selamat Pengantin Baru! ^_^

Lokasi yang sama tapi masanya yang berbeza..


waktu pertunangan pada tahun 2011


waktu majlis kahwin sebelah perempuan pada penghujung 2012


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


akhirnya...kahwin dah abg sulung imantizz nie..selamat datang kak ipar yang sangat comel..sepadan dengan abg..^_^



time akad nikah..

imantizz tak rakam pun sesi akad nikah abang sebab masa tu imantizz tengah 'rampas' telefon yg adik sepupu pegang.Gambar yang imantizz ambik pun sikit ja..dah tu,ambik pulak guna telefon abang.Dan,sebelum abang nak di'akad nikah'kan tu,imantizz sempat bagi perhatian 'time' tok imam tu soal abang.Macam2 yang ditanya..dan alhamdulillah,abang berjaya jawab.Elok pulak 'time' ijab kabul,imantizz tak bagi perhatian langsung.Dok khusyuk berebut telefon,hahaha.Bila tok imam nak bacakan doa,imantizz dengan muka 'blurr'nya tanya dekat kakak.." Dah nikah ka?".Kakak pun laju ja mengangguk.

Mungkin waktu akad nikah abang biasa-biasa ja bagi imantizz.Serius,tanya soalan yang berkaitan agama.Tak macam majlis akad nikah 'makwe' abang dulu,abang Pija yang ada unsur 'lawak' yang boleh buat orang terhibur..^_^

Tapi,bagus jugak tok imam tu tanya soalan-soalan yg boleh 'refresh' otak kita.Tak ada lah duduk dpan pengantin,tanya pengantin lelaki macam mana kenal dengan bakal isteri lepas tu terus akad nikah..

Apapun,imantizzz harap abang sulung,abang Rozif dengan kak ipar imantizz,kak Yus akan bahagia sampai syurga abadi.Dah bertambah sorang lagi menantu mak ayah.Dan bagi imantizz,itulah kakak ipar sulung dan terakhir.Tak ada kak ipar yang lain dah sebab imantizz ada serba seorang ja.Abang sorang,kakak sorang dan adik lelaki sorang.Abang ipar sorang dan kak ipar sorang..^_^

p/s : tak sabar nak tunggu cuti minggu CNY...semua ahli keluarga berkumpul..si kacak tingggi lampai PLKN tu jejak bumi Pendang..

imantizz panggil abang Pija tu 'makwe' abang sebab sebelum masing2 kahwin,depa kawan baik..rapat sangat2..hehehe

Ahad, 27 Januari 2013

Jawapan_Hati


Lahirku bukan lah sebagai seorang pendendam

Kerana terciptanya aku dari kemesraan

Hati jua bukanlah diasuh untuk membenci

Apatah lagi mengungkapkan kata-kata keji

Kerana aku sebahagiaan darimu



Segala-galanya terbukti di hadapan mata

Membuatkan aku keliru dalam mencari jawapan yang pastinya boleh mengugat

hati kecilku

Namun rencana yang Allah tetapkan mampu menenangkan aku

Sekaligus memberiku pilihan

Sama ada membiarkan nafsu atau akal merajai hati


Dan kini,bila kau tiada

Hatiku terasa tenang sebagai seorang hamba

Bukan kerana membenci,tapi semua yang tertulis adalah 

'FITRAH' 


Isnin, 7 Januari 2013

Segmen : Saya Blogger dari Negeri..


klik banner untuk join.

setelah ditag oleh cik Edo,imantizz pun dengan berbesar hatinya join jugak segmen nie...harap2 boleh tambah kawan..^_^..segmen Apit yg buat..Apit nie terrer buat doddle...yg ada dalam blog imantizz tu,Apit yg buat..hehehe

macam cik Edo cakap,imantizz anak Kedah,.....lahir dekat Kedah,sekolah dekat sini,mak ayah memang asal sini dan insya-Allah,kalau jodoh,kahwin pun dengan org Kedah jugak..amin! hehehe..hijau kuning kebanggaanku...hahahaha..

Kedah nie cantik kot...terutama sekali kampung imantizz..hahaha..kampung yang dikelilingi dengan bendang,depan umah ada pokok getah..memang cantiklah! Makanan sedap,barang2 murah..orang2 mesra,selalu senyum..

itu sahaja..

nak tag adik Dhia..^_^

Khamis, 3 Januari 2013

Aku_Tahun Baru 2013

Assalamualaikum...selamat tahun baru 2013


agak2 tau dak apa video nie?? ^_^

imantizz terkilan la plak sebab imantizz langsung tak buat entri akhir tahun..imantizz sibuk dgn urusan kenduri abang sulung..apapun,nanti imantizzz akan 'pos'kan segala bagai gambar yg dah terakam..hehehehe...

sekarang imantizz tengah tolong mak uruskan segala bagai barang yg selerak dekat umah,hantar benda tu,benda nie..insya-Allah,lepas semua selesai,imantizz boleh blogwalking blogkawan2,blog kakak2,abang2 dan sewaktu dgnnya..hehehehe

cik Edo,aku dah minat tahap tak ingat dekat Schubert's Serenade lepas novel Gurindam Jiwa kembali pada hg balik...

apapun,kita jumpa balik nanti..hehehe

p/s: aku tengah kumpul semangat utk sambung studi dekat UNISEL...=_="..
      hari nie genap aku 4 tahun aku jd pasangan Mr Truper..hehehe

Nak Hadiah ?