Sabtu, 14 April 2012

Saat puteri ayah menjadi suri hati seorang insan bergelar suami...

Assalamualaikum semua.Harap semua sihat di bawah rahmat dan kasih Illahi.Ok tak tajuk km hari nie? Bukan apa,semua kawan2 km yang muslimah,bukan muslimin  akan menjadi hak kepada seorang insan yang bernama suami.Lepas kita dilahirkan,kita akan menjadi tanggungan ayah sampai la kita kahwin.Bukan setakat tanggungjawab duniawi ja macam keperluan,tempat tinggal,keselamatan dan kesihatan tapi tanggungjawab terhadap Allah pun ayah kita yang tanggung.Dan ini yang km jumpa waktu telah berjalan-jalan dalam blog **kira blogwalking la..




"SAAT LAFAZ SAKINAH"


Saat Lafaz Sakinah-Far East

Heningnya

Sunyi suasana

Lafaz sakinah bermula

Apa rasa

Diterjemah hanya

Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku

Serah kini amanahku ini padamu

Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Chorus

Dulu esakannya sandar di bahuku

Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur

Akan pesanmu

Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Mungkin semua tak pernah dengar lagu nie sebab km tau bukan semua yang gemari lagu yang bercorak nasyid tapi ada juga yang suka dengar kan? Lagu nie dinyanyikan oleh salah satu kumpulan nasyid iaitu Far East.Kalau nak dengar,boleh ziarah  SINI.

Lagu nie berkisarkan tentang pesanan seorang ayah kepada bakal suami kepada puterinya.Sayu ja dengar lagu sebab km nie anak manja ayah.Macam2 pesan ayah buat puteri yang disayangi.Siapa-siapa yang anak manja mesti akan rasa lain bila dengar.Jangan pula bila dengar lagu nie,terus tak nak kahwin.Mula dengar lagu nie waktu ayah km buka siaran radio IKIM.Paling menyentuh hati bila dengar bait-bait lirik,"Jadikan dia wanita syurga".Tersentak ja jantung nie bila terfikir ayah kita berharap kita akan jadi salah seorang penghuni syurga Firdaus milik Allah.


Ayah,maafkan anakmu ini andai pernah sakiti hati ayah.Walaupun anakmu sering membuatmu sedih,tapi,anakmu ini berharap,akan terbina sebuah mahligai milik ayah di syurga kelak.Auratku,solatku,tingkahku,hatimu akan anakmu jaga dengan sepenuh hati.Moga Allah sentiasa berkati ayah hingga akhir waktu ayah bernafas di muka bumi Allah ini..Moga syurga milik ayah.. 

p/s: bila sampai waktu kita akan pergi jauh dari mak ayah dan menjadi hak kepada suami kita,kita takkan dapat menikmati saat indah bersama mak ayah sebagai anak yang manja..mungkin la,takut ada orang cemburu dengan kita..hehehe 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nak Hadiah ?