Selasa, 6 Disember 2011

Takdir yang Terindah

Dengan lemah,Aqmar Aziz memandang ke arah katil yang menempatkan sekujur tubuh milik
Safiyya.Terasa rindu pada suara lembut Safiyya yang sentiasa menyapa gegendang telinga ADAMnya.
                “ Mar,awak okey ke?”.Zamani bersuara.Wajahnya yang masih bersisa dengan air walaupun dia telah
 lama menunaikan solat segera disapu dengan tuala tangan yang sentiasa ada di dalam kocek
seluarnya.Perlahan-lahan,Aqmar Aziz memekupkan wajahnya dan permata jernih mula gugur dari kolam air
mata.
                “ Mar…”
                “ Zam,Mar tak kuat.Mar tak sanggup kehilangan Safiyya…”.Zamani terus memeluk tubuh tinggi
lampai Aqmar Aziz.
                “ Doakan Safiyya.InsyaALLAH,dia akan selamat selagi kita tak berhenti berusaha.”.Yasmin yang baru
selesai pulang dari menunaikan solat bersama Zamani menyampuk dari belakang.Anak mata coklatnya tidak
lepas memandang Safiyya yang terlantar sepi.Jika dahulu,suara sahabat baiknya itu sentiasa membingitkan
telinga,tapi,kini,gadis piatu itu hanya mampu terbaring tanpa suara.’ Ya ALLAH,KAU rencanakanlah takdir
yang terindah buat sahabatku.Sesungguhnya aku amat menyayangi dia kerana rahmat cintaMU”,bisik hati
Yasmin.
***************************************************************************
“ Haa..tak kira,awak kena buat perbentangan tu jugak..”.Terkebil-kebil mata Safiyya memandang
Aqmar Aziz.
                “ Saya? Kenapa saya? Kan saya dah cari maklumat.”Safiyya mula membela diri.Wajah Aqmar Aziz
dipandangnya dengan rasa takut.Hati Aqmar Aziz berasa senang tatkala menatap wajah takut yang sering
ditonjolkan Safiyya.’ Cantik betul dia bila buat macam tu..’,desis hati kecil ADAMnya.Sememangnya dia
menaruh perasaan yang langsung tidak dapat dijangka oleh sesiapa pun,termasuk lah Zamani,sahabat
baiknya sendiri.Safiyya memandang ke bawah,cuba mencari jawapan yang sesuai buat Ketua Asrama Putera
yang yang berasal dari Pendang itu.
               
“ Apapun,keputusan saya muktamad.Mau tak mau,awak kena buat perbentangan tu.Bila kita kena
bentang waktu Sejarah Tamadun Islam,saya nak kerja kita sempurna,tiada cacat cela.”.ujar Aqmar
Aziz lalu meninggalkan Safiyya berseorangan di luar Pusat Sumber Sekolah.
*********************************************************************************************
            Nafas dihelanya dengan berat.Entah mengapa,terasa ujian yang dikirimkan ALLAH buatnya kali ini
sangat berat.Tidak seperti ujian yang perlu dilaluinya sebelum ini.Perlahan-lahan pemuda yang bakal
menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM) menyandarkan belakang pada kerusi batu
yang berlabelkan Hospital Sultan Abdul Halim.
                  Setiap ujian yang ALLAH krimkan buat kita itu adalah tanda ALLAH amat menyayangi kita,Along”.
Aqmar Aziz tersedar dari lamunan.Apa yang pasti,wajah lembut milik Ibu menyapa pandangannya.Si kembar
Aisy’ Humaiyr dan Aisya’ Humaiyra tersenyum manis tatkala terpandangkan abang sulung mereka.Aqmar
Aziz segera bangun lalu merangkul tubuh Ibu.
                “ Sabar lah,sayang.InsyaALLAH,selagi kita terus berusaha untuk sembuhkan Safiyya,Ibu yakin,Safiyya
akan sihat seperti sedia kala.”.Aqmar Aziz mula menahan sendu hanya mampu menganggukkan kepala.
                “ Along takut,bu.Along tak sanggup terima kehilangan Safiyya.” Terbayang di ruang matanya akan
tanah perkuburan yang kini menjadi tempat persemadian arwah ibu kandung yang langsung tidak
dikenalinya.Dia bukanlah anak kandung kepada Puan Zunnurain dan Encik Muhammad Adha yang
menjaganya selama 19 tahun dia bernyawa di muka bumi ini.Dia sekadar anak susuan kepada Ibu yang
pernah mengahwini arwah pak ciknya yang turut bertemu Penciptanya yang Agung.
                “ Jangan sedih ya? Mari,temankan ibu dengan adik-adik ziarah Kak Safiyya.Aisy’,Humaiyra,nak
tengok Kak Safiyya tak?” Ibu bersuara lembut kepada kedua-dua anak bongsunya itu.Aisy’ Humaiyra hanya
mengangguk.Tanpa membuang masa,Aqmar Aziz bangun sambil mengenggam tangan lembut adiknya yang
baru menjejakkan kaki ke tadika itu.
      ***************************************************************************
                Wayar –wayar yang berselirat pada tubuh kecil molek Safiyya membuatkan Aqmar Aziz tidak dapat
menahan air mata.Zamani dan Yasmin yang berada di sampingnya mendiamkan diri.Hampir tiga jam
lamanya Safiyya dibawa ke Unit Rawatan Rapi ( ICU) setelah bertarung nyawa di bilik pembedahan untuk
membuang ketumbuhan yang berada di dalam kepalanya.Pucat sekali wajah Safiyya yang masih tidak
sedarkan diri.Kepalanya dibalut kemas dengan kain putih dan mulutnya diletakkan dengan alat bantuan
pernafasannya bagi membantu jantungnya dari berhenti berdegup.Pandangan mata Yasmin mula kabur
dengan air mata yang tidak pernah berhenti mengalir semenjak Safiyya menjadi penghuni pusat rawatan
milik kerajaan di bandar Sungai Petani ini.
                “ Safiyya,berjuanglah sahabatku.Demi janji kita.”.Wajah Safiyya lengkap berpakaian seragam sekolah
mula menyapa ruang mata.
                “ Harap-harap Safiyya boleh capai cita-cita Safiyya.”. Anak mata hitam Safiyya mula menatap wajah
Yasmin.Yasmin tersenyum lalu menghulurkan majalah buat Safiyya yang sedang mengemas sudut bacaan
yang berada di ruang belakang kelas 6 AA2.
                “ Apa cita-cita Safiyya?”
                “ Safiyya nak jadi pensyarah.Safiyya nak tunaikan impian arwah abang yang tak kesampaian.” Yasmin
mula meninggalkan wad yang menempatkan Safiyya apabila  sendu yang cuba ditahannya mula
pecah.Bagaikan mimpi sahaja apabila doktor yang merawat Safiyya telah mengatakan Safiyya menghidap
penyakit kanser otak,seperti yang dialami oleh arwah abangnya.Kata Safiyya,arwah abangnya meninggal
sewaktu dia sedang menghadiri majlis konvokesyen di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu
negara.Abangnya rebah usai menerima segulung ijazah.
Yasmin khuatir,Safiyya akan turut mengikuti jejak langkah abangnya.Dia tidak mahu sahabat yang rapat
dengannya itu pergi sebelum mereka berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
                “ Min,kalau ditakdirkan pembedahan yang bakal Safiyya lalui ini tak berjaya,Min jaga diri baik-baik tau?”
Air mata Yasmin makin deras mengalir.
               
“ Tak baik cakap macam tu,Safiyya.InsyaALLAH,Mar yakin,semuanya akan selamat.” Aqmar Aziz berlagak
tenang sedangkan hatinya bergelora hebat.Mana mungkin seorang lelaki itu akan tenang jika gadis
kesayangan bakal meninggalkannya buat selama-lamanya.
**********************************************************************************
                Aqmar Aziz masih setia di sisi Safiyya.Dia seakan tidak mahu berengang sedetik pun dengan
Safiyya.Safiyya telah pun dipindahkan ke wad biasa walaupun masih tidak sedarkan diri lagi.
                “ Safiyya,walau apapun yang terjadi,Mar takkan tinggalkan Safiyya.”,desis hati kecilnya.Perlahan-
lahan kelopak mata Safiyya yang tertutup rapat terbuka.Aqmar Aziz menghampiri katil Safiyya.
                “ Safiyya…”,Zamani bersuara perlahan.Yasmin yang teruja melihat Safiyya yang telah mencelikkan
mata turut menghampiri sahabat-sahabatnya yang rapat dengan Safiyya.Aqmar Aziz melihat Safiyya
tersenyum walaupun senyuman itu terbatas dengan alat bantuan pernafasan.
                “ Abang,panggil doktor.Safiyya dah sedar.” Ibu mula mengarahkan ayah Aqmar Aziz memanggil
doktor yang merawat Safiyya.Belum sempat ayah Aqmar Aziz kembali bersama doktor,dada Safiyya mula
berombak kencang.Komputer yang mengawasi aliran  pernafasan jantung Safiyya mula membunyikan tanda
amaran,menandakan pesakit mengalami komplikasi.
                “ Ya ALLAH,Safiyya…”,seru Aqmar Aziz.Bergetar jantungnya melihat Safiyya berkeadaan
sebegitu.Doktor yang bergegas bersama jururawat mula memeriksa keadaan Safiyya.
                “ Puan,boleh keluar sekejap? Kami ingin memberikan rawatan keapada pesakit.” Ibu sekadar
menganggukkan kepalanya lalu membawa Aqmar Aziz dan rakan-rakannya yang lain keluar dari wad.kepala
Aqmar Aziz terasa panas,seperti pertama kali dia melihat Safiyya rebah sewaktu mengikuti aktiviti
kokurikulum mingguan.
                “ Ibu….”.Ibu mengusap ubun-ubun kepala Aqmar Aziz penuh kasih.Dia tidak mahu anak susuannya
itu menanggung derita.Dia amat sayangi pemuda itu walaupun Aqmar Aziz tidak pernah singgah di
rahimnya.Kelibat doktor muda yang memakai tag nama ‘ Farhan’ itu mula kelihatan bersama jururawat yang
setia menemaninya.
                “ Doktor,macam mana dengan Safiyya?”.Doktor berkemeja warna krim dan berbaju putih labuh
mula menghampiri Aqmar Aziz.Bahu Aqmar Aziz disentuhnya lembut.
                “ Safiyya adalah seorang gadis yang kuat dan saya amat mengagumi semangat yang ada padanya.
Kami dah cuba sedaya-upaya untuk menyelamatnya ,tapi,ALLAH lebih sayangkannya..”. Aqmar Aziz terduduk
apabila mendengarkan perkhabaran tersebut.Tenyata ALLAH amat rindukan kehadiran Safiyya ke alam
baqa’.Dengan langkah yang longlai,Aqmar Aziz menuju ke arah Safiyya yang telah diselubungi dengan
selimut putih.’ Moga mujahidah cintaku akan tenang menghadap maha Penciptanya.’.Yasmin turut
mengekori Zamani yang mengatur langkah menemui jasad Safiyya yang kaku.
                “ Ya ALLAH,sememangnya ini adalah takdir yang terindah kau lakarkan untuk sahabatku”.Air mata
yang mengalir dikesatnya perlahan.
*************************************************************************************
                Air mata Aqmar Aziz berhenti mengalir.Terasa gadis kesayangannya masih di sisinya sedangkan jasad
Safiyya telah pun bersatu dengan bumi.
                “ Kalau Safiyya tak ada nanti,jangan menangis tau?”
                “ Kenapa?”
                “ Kalau sayangkan Safiyya,Mar jangan menangis tau?”
                “ Haa..siapa yang sayangkan awak? Awak bukannya cantik pun..”.Aqmar Aziz mengembungkan
pipinya,tanda mengejek.Safiyya tersenyum.Perlahan-lahan Aqmar Aziz meraupkan mukanya.Sememangnya
dia amat merindui Safiyya,gadis yang amat disayanginya.Langit gelap sebentar tadi mula berdentum
hebat.Aqmar Aziz masih tidak berganjak dari tempat persemadian Safiyya sambil memegang sekaki payung.
                “ Saya suka awak.”.
                “ Suka? Tipu…”
                “ Betul la…”
                Wajah Safiyya merona merah.Lantas,senyuman terukir pada dua ulas bibir Aqmar Aziz.
                “ Terima kasih sebab sukakan saya yang tak beribu dan berayah ni.”
                “ Macam saya jugak la..”.Safiyya tersenyum.Itulah senyuman terakhir buat Aqmar Aziz sebelum dia
pergi meninggalkan Aqmar Aziz.
                “ Mar,jom kita balik.Hari nak hujan..”.Aqmar Aziz berpaling apabila merasa bahunya disentuh oleh
seseorang.Zamani yang ditemani Yasmin mengukirkan senyuman kepada Aqmar Aziz.Kedua-dua sahabatnya
itu begitu sedondon dengan persalinan putih.Putih adalah warna kegemaran Safiyya.
                “ Kamu berdua balik dulu.Mar nak duduk dekat sini sekejap”.Zamani dan Yasmin menganggukkan
kepala lalu beredar.Anak mata Aqmar Aziz menunduk lalu memejam matanya rapat-rapat.
                “ Mar beruntung kenal Safiyya.Hati Mar hanya untuk Safiyya selamanya.”.Perlahan-lahan Aqmar Aziz
bangun lalu meninggalkan kawasan abadi buat pemilik hatinya.

Selamat Tinggal Sayang




Bacaan Yasin berkumandang di telinganya, tangisan keluarga mertuanya jelas kedengaran. Air matanya mengalir mencurah-curah.

'Maafkan abang, sayang. Selamat tinggal.' Ujar dirinya. Jelas terasa kekesalan di dalam jiwa.
'Bodohnya aku!' bisik hati lelakinya tetapi malang nasi sudah menjadi bubur. Hanya tinggal kekesalan selama-lamanya.

'Kalaulah abang boleh ulang, kalaulah...'

====================================================
Faris menghisap rokok lalu menghembuskan asapnya keudara. Segar. Best. Lega. Macam-macam rasa yang ada.

'Abang? Abang buat apa tu?' tanya isterinya Raihan yang sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka.

'Ha? Abang hisap rokok.' Jawabnya bersahaja.

'Abang, tadikan kat sekolah ayang ada datang pihak dari hospital. Mereka ada buat ceramah tentang bahayanya rokok. Abang nak tahu? dalam rokok ada..'
Belum sempat Raihan menghabiskan ayatnya suaminya sudah pun memulakan ayatnya.

'Abang tahu, dalam rokok ada tar dan nikotin yang boleh merosakkan pelbagai benda alah dalam badan abang ni. Biarlah abang nak hisap rokok ke apa, bukan ayang mati pun nanti.' Ujar Faris, walaupun lembut tetapi apa yang diujarnya betul-betul menyakitkan hati Raihan

'Abang kata ayang tak mati? kalau ayang tak mati pun bahaya untuk anak kita tau!' Raihan berkata sambil melelehkan air matanya.

'Aish.. abang sendiri boleh jamin yang ayang dan anak kita takkan apa-apa. Percayalah.' Bilang Faris sambil mengusap perut isterinya itu kemudian menghapuskan air mata yang berada dimata isterinya.

 ====================================
 2 bulan kemudian..

'Minta maaf tapi isteri encik keguguran. Dan kemungkinan besar isteri encik dah tak boleh mengandung.' Kata doktor selepas isterinya menerima rawatan.

Faris membawa isterinya kehospital setelah isterinya mengadu sakit perut. Baru tujuh bulan isterinya mengandung.

'Ha? Tapi kenapa doktor?' tanya Faris yang dalam keadaan terkejut.

'Hmm, kami sedang periksa apa yang menjadi masalahnya, jadi ia mungkin mengambil masa untuk dapat result. Saya harap encik dapat sabar. Terima kasih.' Kata doktor tersebut lalu meninggalkan Faris.
Faris masuk ke dalam bilik isterinya. Dia melihat isterinya itu sedang berbaring dan menangis. Mungkin sedih kerana mendengar berita yang
disampaikan sebentar tadi.
'Ayang..' Faris memanggil isterinya.

'Ayang janganlah nangis, tak ada anak pun tak mengapa, asalkan ayang selamat.' Faris memujuk isterinya.

'Uuhhuuuk.. uuhhhukk..' isterinya batuk dengan teruk, terdapat juga darah keluar dari mulut isterinya.
 ==================================
'Kami dapati isteri encik ada kanser dibahagian paru-parunya dan kanser itu telah menjejaskan kandungan isteri encik, itu yang membuatkan isteri encik keguguran.' Jelas doktor kepadanya.

'Jadi doktor, isteri saya boleh selamat tak doktor?'

'Minta maaf ya, tapi tahap kanser isteri encik sudah sampai ke final stage. Dah tak ada apa yang kami boleh lakukan. Minta maaf.'
Faris masuk kedalam bilik isterinya semula. Kesal terpancar dijiwanya lelakinya.
'Kanser? Sebab rokok ke?' tanya dirinya.
===================================

Jenazah isterinya ditatap, sekarang dia tidak punya apa. Tidak punya anak, tidak punya isteri, hanya ada rokok. Kau ambillah rokok itu teman hidup kau!
Kau biar rokok itu masak untuk kau! Kau suruh rokok itu cuci baju kau, belai kau dan bagai-bagai lagi. Sayang sangat kau pada rokok itu sampai isteri kau mati! Faris memarahi dirinya sendiri atas kesalahan dirinya selama ini.
Faris berjalan meninggalkan tanah perkuburan.

'Selamat tinggal sayang.' Bisik hatinya sambil menoleh kebelakang, 'dan selamat tinggal rokok!'
Katanya sambil membuang kotak rokok yang berada di poketnya ke dalam tong sampah berdekatan.

Cegah sebelum terlambat, anda mampu mengubahnya!
Hindari bahaya rokok dan ingatlah nyawa insan-insan sekeliling kita

P/S : Jgn merokok...haram dalam Islam semua benda yang merosakkan kita..ingat!!!!!!!

Nak Hadiah ?